Inilah video yang kami telah membuat semalam di Geylang!
♥ Geylang bersama kawan-kawan.
-{'7:48 PM
Semalam, saya ke geylang bersama kawan-kawan saya iaitu Faiez, Hyri, Zul dan juga Aide. Pertama sekali, saya menjumpa Aide di bawah kolong bloknya. Selepas itu, kami berdua berjalan ke Stesen MRT Yishun untuk berjumpa dengan Zul. Selepas menjumpa Zul, kami terus ke tingkat atas dan menaiki MRT.
Selepas beberapa minit, kami turun di Bishan dan pergi ke 'Circle Line' untuk ke Stesen MRT Paya Lebar. Waktu itu, Faiez dan Hyri masih lagi di Yishun kerana mereka ada ujibakat untuk Hari Guru. Waktu sudah 6.50 petang. Saya, Aide dan Zul menjalan ke bazaar Geylang selepas kami sampai ke Stesen MRT Paya Lebar. Di bazaar, terdapat pelbagai makanan-makanan yang SEDAP! Ada burger Ramly, ayam percik, dendeng, kebab, nasi bryani dan macam-macam lagi. Waktu sudah 7.05 malam. Kami bertiga terus membeli makanan-makanan yang kami ingin makan untuk buka nanti.
Selepas membeli makanan-makanan yang kami inginkan, kami diajak seorang pakcik untuk duduk dan buka di gerainya itu kerana di situ ada meja dan kerusi. Kami pun buka di situ. Selepas buka, kami menjupa Faiez dan Hyri dan membuat video di Geylang bersama-sama!
♥ Hari Ahad :D
Monday, August 2, 2010 -{'6:28 AM
Semalam, saya bangun pada pukul 6.45 pagi!!!! Saya bangun siang KERANA harus menemani ibu saya ke Pasar Geylang. Saya siap-siap dan sebelum keluar dari rumah, saya SOLAT SUBUH dahulu.
Bapa saya menghantar ibu dan saya ke Stesen MRT Yishun. Di sana, kita menaiki MRT dan turun di Bishan. Di Stesen MRT Bishan. Saya dan ibu menjalan keBaris Bulat ( Circle Line ). Kita turun di Stesen MRT Paya Lebar dan berjalan ke perhentian bas untuk ke Pasar Geylang.
Tiba sahaja di Geylang, saya dan ibu terus makan kerana KELAPARAN!
Ibu, Kalau nak ke pasar, Jangan berseorangan, Saya kan ada. Boleh saya teman.