♥ Rumah Hyri
Sunday, July 25, 2010 -{'6:30 AM
Tiba di rumah Hyri. Kita bermain gitar dan menyanyi lagu 'Hey Soul Sister' dan juga 'Im yours'. Selepas menyanyi, saya perasan yang telefon bimbit saya hilang. Kemudian, saya meminjam telefon rumah Hyri dan cuba menelefon telefon saya. Tiada orang jawab. Saya tahu yang satu daripada mereka telah menyembunyikan telefon bimbit saya.
Selepas sejam mencari, kami tetap tidak dapat menjumpai telefon bimbit saya. Selepas itu, kami ke kedai sebentar dan pulang ke rumah Hyri lagi untuk mencari telefon bimbit saya.
Akhirnya, dapat juga jumpa telefon bimbit saya. Yang menjumpainya pun bukan saya tetapi Muhammad Faiez Bin Sani yang menjumpainya. Selepas menjumpai telefon bimbit saya, kami dengan cepat terus membuat Lagu Bulan Bahasa. Selepas kami selesai membuatnya, waktu sudah pukul 7 malam. Saya sudah lambat. Saya harus sampai rumah sebelum waktu maghrib.
Dengan cepat, saya cakap terima kasih berulang-ulang kepada Faiez dan menyalam Hyri dan Ady dan TERUS PULANG! Saya tiba di rumah pada pukul 7 setengah malam. Tetap saya lambat. Nasib baik saya tidak dimarahi abah. Terima Kasih Muhammad Faiez Bin Sani kerana menjumpa telefon bimbit saya yang suda 1 tahun! Terima Kasih!!