HANANI !
Arkib ;
July 2010; August 2010;

♥ Permainan Tradisional Melayu
Friday, July 30, 2010 -{'5:16 AM
Terdapat banyak permainan di dalam tradisional Melayu. Ada di antara mereka ialah congkak, capteh, sepak takraw, batu seremban, gasing, guli, teng-teng dan wau(layang-layang). Di bawah ialah empat permainan tradisional kegemaran saya.


Sepak Takraw: Sepak takraw merupakan sejenis permainan yang melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai tiga orang pemain. Di gelanggang sepak takraw terdapat sehelai jaring yang digunakan untuk memisahkan kedua-dua pasukan. Jaring sepak takraw berukuran sama seperti jaring badminton. Bola takraw diperbuat daripada rotan.





Capteh: Capteh merupakan sejenis permainan yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sepak bulu ayam atau sebuyam. Cara bermain capteh ialah: Ia dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain tersebut harus menyepak sapteh tersebuat sebanyak berapa yang boleh dan seberapa lama yang mungkin. Ini juga dikenali sebagai menimbang. Bola capteh diperbuat daripada beberapa helai bulu ayam.




Gasing: Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mngimbang pada satu titik. Ia juga merupakan permainan tradisional sejak dulu lagi. Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.






Congkak: Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Untuk bermain congkak, kita harus mempunyai papan congkak yang diperbuat daripada papan kayu yang berlubang. Biasanya, buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Benci saya, klik sini . (:

Emel

  • Blogger.

  • Image and video hosting by TinyPic
    Hanani Mustaffa ٩(•̮̮̃•̃)۶
    April6
    Sekolah Menengah Northbrooks.
    Menengah Dua


    ShoutMix chat widget

    Muzik
  • Kegemaranku
  • Saya suka:

    Bola Sepak
    Bola Lantai
    SPAIN
    F.Torres
    L.Messi
    LaGu
    MenyaNYI

  • Keinginan saya
  • Kasut Bola Sepak yang BARU