♥ Lauk-Pauk Melayu
Monday, July 26, 2010 -{'5:47 AM
Rendang adalah makanan tradisional yang bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Hmm. SedaP! Rendang juga boleh dimakan dengan lemang, pulut kuning, nasi, ketupat, roti atau dirata begitu sahaja. Apabila saya makan rendang, saya lebih suka memakannya dengan ketupat ataupun rata sahaja
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang kemudian dibungkus dengan daun kelapa dan terus direbus dalam periuk. Ia biasanya dihidang semasa hari raya sahaja iaitu Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji..
Lontong ialah makanan istimewa yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Kerana dikukus dengan daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya dan putih di dalam.