♥ Hari Menyesal
Monday, July 12, 2010 -{'6:40 AM
Saya sangat menyesal dan kecewa sekali. Petang tadi, Pasukan Bola Lantai sekolah kami telah kalah dan kami tidak berpeluang untuk ke pusingan separuh akhir. Saya, Aide, Hyri, Faiez dan Fareez telah dimarahi kerana kami menonton pusingan terakhir Piala Dunia 2010.
Mengapa kami dimarahi kerana menonton Piala Dunia? Beginilah ceritanya. Semasa perlawanan kami bersama Sekolah Menengah East View, kami telah dinasihati supaya TIDAK tonton Piala Dunia. Supaya kami mempunyai cukup masa untuk berehat dan juga lebih tenaga.
Kami yang telah dimarahi tidak mendengar nasihat cikgu dan inilah apa yang kita dapat. Tetapi, saya sangat marah dengan siapa yang TIDAK JUJUR kepada cikgu. Saya tahu ada yang menonton Piala Dunia cuma mereka tidak mahu mengaku kerana TAKUT dimarah!
Tetapi tidak apa. Saya tidak kisah kalau mereka mahu tipu atau tidak kerana saya juga pernah menipu. Hari ini saya telah mempelajari sesuatu iaitu Dengar Nasihat Orang.
SELAMAT MALAM! :D