♥ Batik
Friday, July 30, 2010 -{'4:12 AM
Perkataan Batik berasal dari Jawa "amba" yang bermakna menulis dan "ntik" yang bermakna membuat titik. Batik ialah kain yang mempunyai corak yang berbunga, terang, dan berwarna-warni. Batik juga mempunyai pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin,batik celup dan batik terap. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu. Kini, terdapat pelbagai corak-corak yang baru bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Batik-batik tersebut juga dikenali sebagai batik moden. Batik boleh didapati di beberapa negeri Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; di Asia pula, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand.