HANANI !
Arkib ;
July 2010; August 2010;

♥ Tulisan Jawi
Friday, July 30, 2010 -{'7:01 AM
Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi juga adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan Jawi adalah tulisan terawal yang pernah ditemui. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kerana ia digunakan perantaran penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
♥ Alat Muzik Melayu
-{'6:40 AM
Alat Muzik merujuk kepada alat yang digunakan khas untuk menghasikan lagu.



Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Ia selalunya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.





Kompang ialah sejenis alat muzik yang terkenal di kalangan orang Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat dari kulit KAMBING! Kompang berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada semasa zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 pedagang Arab
♥ Kuih-Muih Tradisional Melayu
-{'5:59 AM










Kuih ini bernama kuih lapis. Ia merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri daaripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna.
Resipinya ialah:

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu garam
sedikit pewarna(biasanya merah)

Cara membuat:
1.Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dengan api sederhana.
2.Campurkan bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.Kemudian tapiskan.
3.Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna merah pada satu bahagian. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih pada bahagian kedua.
4.Buat satu lapisan merah dalam bekas, biarkan dalam tiga minit.
5.Masukkan bancuhan berwarna putih pula. Ulangi dua langkah ini hingga habis.
6.Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.

Inilah cara-cara untuk membuat kuih lapis. Selamat mencuba!
♥ Tarian Melayu oleh Sri Warisan
-{'5:51 AM

Video ini menunjukkan kumpulan Sri Warisan Som Said daripada Singapura.

♥ Permainan Tradisional Melayu
-{'5:16 AM
Terdapat banyak permainan di dalam tradisional Melayu. Ada di antara mereka ialah congkak, capteh, sepak takraw, batu seremban, gasing, guli, teng-teng dan wau(layang-layang). Di bawah ialah empat permainan tradisional kegemaran saya.


Sepak Takraw: Sepak takraw merupakan sejenis permainan yang melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai tiga orang pemain. Di gelanggang sepak takraw terdapat sehelai jaring yang digunakan untuk memisahkan kedua-dua pasukan. Jaring sepak takraw berukuran sama seperti jaring badminton. Bola takraw diperbuat daripada rotan.





Capteh: Capteh merupakan sejenis permainan yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sepak bulu ayam atau sebuyam. Cara bermain capteh ialah: Ia dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain tersebut harus menyepak sapteh tersebuat sebanyak berapa yang boleh dan seberapa lama yang mungkin. Ini juga dikenali sebagai menimbang. Bola capteh diperbuat daripada beberapa helai bulu ayam.




Gasing: Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mngimbang pada satu titik. Ia juga merupakan permainan tradisional sejak dulu lagi. Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.






Congkak: Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Untuk bermain congkak, kita harus mempunyai papan congkak yang diperbuat daripada papan kayu yang berlubang. Biasanya, buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
♥ Batik
-{'4:12 AM
Perkataan Batik berasal dari Jawa "amba" yang bermakna menulis dan "ntik" yang bermakna membuat titik. Batik ialah kain yang mempunyai corak yang berbunga, terang, dan berwarna-warni. Batik juga mempunyai pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin,batik celup dan batik terap. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu. Kini, terdapat pelbagai corak-corak yang baru bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Batik-batik tersebut juga dikenali sebagai batik moden. Batik boleh didapati di beberapa negeri Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; di Asia pula, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand.


♥ Silat
-{'3:43 AM
Silat adalah satu seni untuk mempertahankan diri bagi bangsa Melayu ataupun Nusantara. Orang-orang yang belajar silat dipanggil pesilat. Banyak guru-guru menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'Maha' hanya sesuai untuk Allah(Tuhan). Terdapat banyak jenis silat yang dinampak orang. Untuk silat yang dibuat semasa majlis perkahwinan, ia dipanggil Silat Pulut. Di bawah adalah satu petikan gambar Silat Pulut.
-{'3:16 AM

Inilah Kumpulan Dikir Barat daripada Republik Politeknik. Ini kali pertama mereka untuk melakukan sebuah persembahan semasa Deeparaya.

Wednesday, July 28, 2010 -{'4:04 AM

Inilah video kami untuk Lagu Tema Bulan Bahasa. :D

♥ Lauk-Pauk Melayu
Monday, July 26, 2010 -{'5:47 AM
Rendang adalah makanan tradisional yang bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Hmm. SedaP! Rendang juga boleh dimakan dengan lemang, pulut kuning, nasi, ketupat, roti atau dirata begitu sahaja. Apabila saya makan rendang, saya lebih suka memakannya dengan ketupat ataupun rata sahaja
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang kemudian dibungkus dengan daun kelapa dan terus direbus dalam periuk. Ia biasanya dihidang semasa hari raya sahaja iaitu Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
.
Lontong ialah makanan istimewa yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang. Kerana dikukus dengan daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya dan putih di dalam.
















♥ Sambutan Hari Raya Aidilfitri
-{'5:28 AM

Sebelum orang melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, mereka harus berpuasa dahulu. Mengapa harus orang-orang Melayu berpuasa?

Mereka berpuasa supaya mereka tahu apa rasanya menjadi orang yang susah dan juga bagaimana orang-orang yang miskin kelaparan.

Kami menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal tahun Hijrah. Ia juga merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat Islam tidak kira Melayu, Filipino ataupun dari Amerika.
Hari Raya Aidilfitri juga menanda berakhirnya bulan Ramadhan bila semua orang Islam telah berpuasa dengan tekun dan sabar.
♥ Rumah Hyri
Sunday, July 25, 2010 -{'6:30 AM
Tiba di rumah Hyri. Kita bermain gitar dan menyanyi lagu 'Hey Soul Sister' dan juga 'Im yours'. Selepas menyanyi, saya perasan yang telefon bimbit saya hilang. Kemudian, saya meminjam telefon rumah Hyri dan cuba menelefon telefon saya. Tiada orang jawab. Saya tahu yang satu daripada mereka telah menyembunyikan telefon bimbit saya.

Selepas sejam mencari, kami tetap tidak dapat menjumpai telefon bimbit saya. Selepas itu, kami ke kedai sebentar dan pulang ke rumah Hyri lagi untuk mencari telefon bimbit saya.

Akhirnya, dapat juga jumpa telefon bimbit saya. Yang menjumpainya pun bukan saya tetapi Muhammad Faiez Bin Sani yang menjumpainya. Selepas menjumpai telefon bimbit saya, kami dengan cepat terus membuat Lagu Bulan Bahasa. Selepas kami selesai membuatnya, waktu sudah pukul 7 malam. Saya sudah lambat. Saya harus sampai rumah sebelum waktu maghrib.

Dengan cepat, saya cakap terima kasih berulang-ulang kepada Faiez dan menyalam Hyri dan Ady dan TERUS PULANG! Saya tiba di rumah pada pukul 7 setengah malam. Tetap saya lambat. Nasib baik saya tidak dimarahi abah. Terima Kasih Muhammad Faiez Bin Sani kerana menjumpa telefon bimbit saya yang suda 1 tahun! Terima Kasih!!
♥ Pusat Renang Yio Chu Kang
-{'5:06 AM
Tadi pagi saya ke Pusat Renang Yio Chu Kang bersama saudara-mara saya untuk berenang. Terdapat ramai orang di sana. Saya ingatkan yang tempat itu seronok tetapi tempat itu sama juga seperti Pusat Renang Yishun.

Saya berenang di sana dari pukul 12 tengahari hingga pukul 2 petang. Dalam perjalanan pulang, Ady Suriaddy Bin Rosman menelefon saya. Dia tanya kalau saya pergi ke rumah Hyri Bin Anuar untuk membuat Lagu Tema Bulan Bahasa. Saya pun belom lagi membuatnya jadi saya pun pergi ke rumah Hyri Bin Anuar. Bersambung...
♥ Hari Sukan 2010
Friday, July 23, 2010 -{'6:25 AM
Tadi pagi ialah Hari Sukan sekolah kami. Saya terlibat di dalam pertandingan 400m dan juga 4 x 400m. Pemenang Hari Sukan sekolah kami ialah Vinson.

Elbrus dan Kili mendapat trofi yang sama dan kita harus berkongsi sahaja. Saya berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan saya mendapat 'medal'. Saya bangga terhadap mereka.

Saya harap tahun depan Kili dapat menang dalam Hari Sukan 2011. Insyaallah!
♥ Pantun :D
Wednesday, July 21, 2010 -{'5:48 AM
Saya pemain bola lantai,
Saya gemar main bola,
Pergi Sembawang untuk bersantai,
Pergi kedai beli majalah.

Cikgu saya Cikgu Jariah,
Fernando Torres idola saya,
Belikan cikgu sebuah hadiah,
Saya harap dia gembira.

Kawan saya bernama Hairi,
Yang lain pula Faiez dan Ady,
Dengar lagu sambil menari,
Esok jumpa mereka lagi.

Kawan-kawan saya bersopan santun,
Telefon saya berjenama LG
Kinilah masanya menghabiskan pantun,
Harap akan berjumpa LAGI! :D
♥ :D Lagu SEDAP!
Monday, July 12, 2010 -{'6:59 AM
♥ Hari Menyesal
-{'6:40 AM
Saya sangat menyesal dan kecewa sekali. Petang tadi, Pasukan Bola Lantai sekolah kami telah kalah dan kami tidak berpeluang untuk ke pusingan separuh akhir. Saya, Aide, Hyri, Faiez dan Fareez telah dimarahi kerana kami menonton pusingan terakhir Piala Dunia 2010.

Mengapa kami dimarahi kerana menonton Piala Dunia? Beginilah ceritanya. Semasa perlawanan kami bersama Sekolah Menengah East View, kami telah dinasihati supaya TIDAK tonton Piala Dunia. Supaya kami mempunyai cukup masa untuk berehat dan juga lebih tenaga.

Kami yang telah dimarahi tidak mendengar nasihat cikgu dan inilah apa yang kita dapat. Tetapi, saya sangat marah dengan siapa yang TIDAK JUJUR kepada cikgu. Saya tahu ada yang menonton Piala Dunia cuma mereka tidak mahu mengaku kerana TAKUT dimarah!

Tetapi tidak apa. Saya tidak kisah kalau mereka mahu tipu atau tidak kerana saya juga pernah menipu. Hari ini saya telah mempelajari sesuatu iaitu Dengar Nasihat Orang.

SELAMAT MALAM! :D
♥ Mengapa Blog Bahasa Melayu?
Thursday, July 8, 2010 -{'6:48 AM
Assalamualaikum, nama saya H A N A N I Mustaffa. Hobi saya ialah bola sepak, bola lantai dan yang paling penting iaitu MAKAN dan TIDUR. Pemain bola sepak kegemaran saya ialah RONALDINHO.

Saya membuat blog bahasa Melayu kerana saya disuruh Cikgu saya yang bernama Cikgu Jariah Binte Ramlee :D. Membuat blog yang berbahasa melayu sangat bagus kerana ia boleh meningkatkan bahasa melayu kami.

Saya harap dengan membuat blog bahasa melayu ini, saya boleh tingkatkan lagi bahasa melayu saya keran saya bukan sahaja melawan bersama kawan sekelas saya tetapi juga bersama SATU Singapura.
Benci saya, klik sini . (:

Emel

  • Blogger.

  • Image and video hosting by TinyPic
    Hanani Mustaffa ٩(•̮̮̃•̃)۶
    April6
    Sekolah Menengah Northbrooks.
    Menengah Dua


    ShoutMix chat widget

    Muzik
  • Kegemaranku
  • Saya suka:

    Bola Sepak
    Bola Lantai
    SPAIN
    F.Torres
    L.Messi
    LaGu
    MenyaNYI

  • Keinginan saya
  • Kasut Bola Sepak yang BARU