Inilah video yang kami telah membuat semalam di Geylang!
♥ Geylang bersama kawan-kawan.
-{'7:48 PM
Semalam, saya ke geylang bersama kawan-kawan saya iaitu Faiez, Hyri, Zul dan juga Aide. Pertama sekali, saya menjumpa Aide di bawah kolong bloknya. Selepas itu, kami berdua berjalan ke Stesen MRT Yishun untuk berjumpa dengan Zul. Selepas menjumpa Zul, kami terus ke tingkat atas dan menaiki MRT.
Selepas beberapa minit, kami turun di Bishan dan pergi ke 'Circle Line' untuk ke Stesen MRT Paya Lebar. Waktu itu, Faiez dan Hyri masih lagi di Yishun kerana mereka ada ujibakat untuk Hari Guru. Waktu sudah 6.50 petang. Saya, Aide dan Zul menjalan ke bazaar Geylang selepas kami sampai ke Stesen MRT Paya Lebar. Di bazaar, terdapat pelbagai makanan-makanan yang SEDAP! Ada burger Ramly, ayam percik, dendeng, kebab, nasi bryani dan macam-macam lagi. Waktu sudah 7.05 malam. Kami bertiga terus membeli makanan-makanan yang kami ingin makan untuk buka nanti.
Selepas membeli makanan-makanan yang kami inginkan, kami diajak seorang pakcik untuk duduk dan buka di gerainya itu kerana di situ ada meja dan kerusi. Kami pun buka di situ. Selepas buka, kami menjupa Faiez dan Hyri dan membuat video di Geylang bersama-sama!
♥ Hari Ahad :D
Monday, August 2, 2010 -{'6:28 AM
Semalam, saya bangun pada pukul 6.45 pagi!!!! Saya bangun siang KERANA harus menemani ibu saya ke Pasar Geylang. Saya siap-siap dan sebelum keluar dari rumah, saya SOLAT SUBUH dahulu.
Bapa saya menghantar ibu dan saya ke Stesen MRT Yishun. Di sana, kita menaiki MRT dan turun di Bishan. Di Stesen MRT Bishan. Saya dan ibu menjalan keBaris Bulat ( Circle Line ). Kita turun di Stesen MRT Paya Lebar dan berjalan ke perhentian bas untuk ke Pasar Geylang.
Tiba sahaja di Geylang, saya dan ibu terus makan kerana KELAPARAN!
Ibu, Kalau nak ke pasar, Jangan berseorangan, Saya kan ada. Boleh saya teman.
♥ Tulisan Jawi
Friday, July 30, 2010 -{'7:01 AM
Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi juga adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan Jawi adalah tulisan terawal yang pernah ditemui. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kerana ia digunakan perantaran penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
♥ Alat Muzik Melayu
-{'6:40 AM
Alat Muzik merujuk kepada alat yang digunakan khas untuk menghasikan lagu.
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Ia selalunya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Kompang ialah sejenis alat muzik yang terkenal di kalangan orang Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat dari kulit KAMBING! Kompang berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada semasa zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 pedagang Arab
♥ Kuih-Muih Tradisional Melayu
-{'5:59 AM
Kuih ini bernama kuih lapis. Ia merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri daaripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Resipinya ialah:
Cara membuat: 1.Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dengan api sederhana. 2.Campurkan bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.Kemudian tapiskan. 3.Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna merah pada satu bahagian. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih pada bahagian kedua. 4.Buat satu lapisan merah dalam bekas, biarkan dalam tiga minit. 5.Masukkan bancuhan berwarna putih pula. Ulangi dua langkah ini hingga habis. 6.Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.
Inilah cara-cara untuk membuat kuih lapis. Selamat mencuba!
♥ Tarian Melayu oleh Sri Warisan
-{'5:51 AM
Video ini menunjukkan kumpulan Sri Warisan Som Said daripada Singapura.